Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

SLIDER

TAHNIAH WARGA SMK SERI MEDAN SELAMAT DATANG SELAMAT DATANG JUGA KEPADA BEKAS PELAJAR SMK SERI MEDAN. SILA KLIK GAMBAR INI UNTUK DAFTAR ALUMNI SELAMAT HARI GURU DARIPADA KAMI SATU SEKOLAH SATU SUARA BERKERJASAMA AMALAN KITA SEMOGA SMK SERI MEDAN TERUS MAJU DAN TERUS MAJU TAHNIAH SMK SERI MEDAN TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH TEAM BAHAS SMK SERI MEDAN
Selamat Datang Ke Portal Rasmi Smk Seri Medan. Tel:074850243.email smkserimedan@gmail.com. Satu Sekolah Satu Suara

UNIT HEM

1. Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
2. Lembaga Disiplin Sekolah
3. Jawatankuasa Disiplin Sekolah
4. Jawatankuasa Lembaga Pengawas Sekolah
5. Penyelaras Tingkatan
6. Jawatankuasa Bimbingan Dan Kaunseling
7. Jawatankuasa Perhimpunan
8. Jawatankuasa Program Selepas Peperiksaan Akhir Tahun
9. Jawatankuasa Kemudahan, Keceriaan / Kebersihan
Dan Keselamatan (3K)
10. Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
11. Jawatankuasa Prasarana Dan Penghayatan Islam
12. Jawatankuasa Majalah, Buletin dan Dokumentasi
13. Jawatankuasa Orientasi Pelajar Baru Tingkatan 1, 4 dan
6 Bawah
14. Jawatankuasa Kebajikan / Biasiswa Pelajar / KWAMP /Orang Asli
15. Jawatankuasa Kantin
16. Jawatankuasa Kesihatan
17. Jawatankuasa Kebersihan/Keceriaan
18. Jawatankuasa Keselamatan

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

Pengurusan Hal Ehwal Murid memberi tumpuan khusus kepada diri setiap pelajar dengan umumnya kepada guru, ibu bapa/penjaga dan agensi-agensi luar. Pengurusan ini menjurus kepada pembangunan diri setiap pelajar sebagai insane yang seimbang dan harmonis seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia sangat penting dalam usaha sekolah ini melahirkan insane cemerlang yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.

DASAR

Pengurusan Hal Ehwal Murid menjadi penyokong kuat kepada pencapaian cemerlang kurikulum setiap pelajar. Justru itu ia merangkumi bidang disiplin, bimbingan dan kaunseling, Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ), kebajikan pelajar yang meliputi biasiswa dan bantuan lainnya, kesihatan terutamanya PROSTAR dan Pendidikan Penyalahgunaan Dadah. Dengan adanya disiplin pelajar yang terkawal maka sekolah akan menjadi sebuah institusi yang selamat dan kondusif bagi pelajar memberi tumpuan dalam kecemerlangan akademik. Sehubungan itu, beberapa program dirancang seperti Ponteng Sifar, Jom Ke Sekolah, Kilat dan Selainnya diharapkan mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua warga sekolah, ibu bapa/ penjaga dan komuniti setempat.

MISI

1 Pelajar cemerlang sahsiah dan siasah.
2 Pelajar yang sentiasa bekerjasama dan bersedia menerima pendidikan.

MATLAMAT
1 Memupuk, menggalakkan dan menambahkan minat belajar kepada pelajar-pelajar.
2 Melahirkan generasi yang berdisiplin, bertanggungjawab, berdikari dan mampu menghadapi cabaran hidup.
3 Memelihara masyarakat yang harmonis, bersatu padu, mendukung cita-cita Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4 Menekankan kepada aspek keceriaan sekolah, kebersihan sekolah, cintakan sekolah dan berbudi bahasa.


STRATEGI

Melaksanakan beberapa program seperti:

1 Program Bina Insan:-

a. Ceramah Jenayah di kalangan remaja.

b. Ceramah / Kempen Penyalahgunaan Dadah.

c. Ceramah Kebersihan Diri.

2. Orientasi Pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 Bawah.

3 Kem Jati Diri Pelajar Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas.

4 Bulan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling / Bulan Kerjaya.

5 Sifar Ponteng.

6 PINTAS

7 Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) - Bulan Kesihatan / Kecergasan.

8 Hari Konsultasi / Runding Cara

PERANAN BIDANG-BIDANG HAL EHWAL MURID

1. Jawatankuasa Disiplin bersama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling akan melaksanakan Program Bina Insan. Ceramah-ceramah akan diadakan semasa perhimpunan rasmi ( mingguan ) sekolah atau secara khusus pada hari tertentu.
2. Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Kurikulum dan Jawatankuasa disiplin akan mengendalikan Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1, 4 dan 6 Bawah. Seterusnya Unit B & K ini akan bertanggungjawab menguruskan program-program bimbingan dan kaunseling termasuklah program motivasi, kem jati diri,peluang-peluang kerjaya, program selepas peperiksaan awam akhir tahun, dan perhubungan dengan agensi-agensi pendidikan yang lain.

3 Unit Biasiswa dan Kebajikan bertanggungjawab mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi dan layak menerima biasiswa yang ditaja oleh Yayasan Pelajaran Johor terutamanya Biasiswa Dato' Onn dan juga BKP ( 11 ). Ia juga bertanggungjawab mengenalpasti pelajar-pelajar yang miskin/ daif, anak-anak yatim dan seterusnya menguruskan bantuan-bantuan kebajikan kepada mereka. Unit biasiswa dan kebajikan ini juga membantu mengutip derma / sumbangan bagi Tabung Spastik, Hari Pahlawan dan yang berkaitan.

4. Unit SPBT bertanggungjawab memastikan pelajar-pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat diberi buku-buku teks SPBT pada awal tahun atau akhir tahun persekolahan. Ia akan memastikan bekalan buku teks SPBT mencukupi.

5 Kantin sekolah menjadi tumpuan pelajar dan guru untuk bekalan makanan dan minuman pada hari persekolahan. Jawatankuasa Kantin Sekolah memastikan tempat ini sentiasa bersih, sihat dan ceria bersesuaian dengan tempat menjamu selera. Ia juga sepatutnya menjadi salah sebuah pusat sumber ilmu kepada pelajar-pelajar khususnya ilmu kesihatan kebersihan diri,tidak merokok, menjauhi dadah dan sebagainya.

6. Unit Koperasi melaksanakan aktiviti keushawanan di kalangan pelajar dengan cara menjadi ahli koperasi dan Lembaga Pengarah Koperasi. Unit ini mendapat kerjasama dan bimbingan daripada Pejabat Koperasi Daerah. Aktivitinya termasuklah menjual peralatan pembelajaran terutamanya alat tulis.

7. Unit Majalah, Buletin Sekolah dan Dokumentasi merupakan unit yang bertugas sepanjang masa untuk merakamkan dan merekodkan aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekolah. Semua
aktiviti penting sekolah akan direkodkan dan diterbitkan dalam Majalah Tahunan Sekolah.

8. Unit Kesihatan membantu sekolah berurusan dengan Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian untuk pemeriksaan kesihatan diri dan pergigian pelajar-pelajar. Unit ini juga membantu menigkatkan kesedaran pelajar berkaitan bahaya nyamuk aedes dan lain-lain aspek kesihatan.

(1) JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

Pengerusi : Pengetua
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan ( HEM )
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 11 : Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi 111 : Penolong Kanan Petang
Naib Pengerusi IV : Penolong Kanan Tingkatan 6
Setiausaha : Pn Hanim bt. Tokeran
Pen. Setiausaha : Pn Kasliana bt. Kasiran
AJK : Guru-Guru Bimbingan dan Kaunseling
: Guru-Guru Tingkatan
: Tn.Hj. Mohd Abidin b Ismail ( Disiplin Pagi )
: En. Jamil Bin Samsuri ( Disiplin Petang )
: Pn. Hjh. Norza bt Mohd. Saleh ( Pengawas )
: En. Low Yiak Keong ( Sekolah Selamat )
: En. Shamsudin b Mohamed ( Kebajikan )
: Pn. Mashita bt Mahadi ( Kesihatan )
: Pn. Melati bt Marjuki ( Aedes )
: En. Rosli b Katiman ( SPBT )
: Pn. Nor Azizah bt Ibrahim ( Biasiswa )
: Pn Hjh. Zuraidah bt. Jaafar (Penyelaras Tingkatan )
: Pn. Rozaini Hanim bt Sidek ( Kantin/SSDM )
: Pn. Fazilah bt Adnan ( Majalah )
: Pn. Muslimah bt Shawan ( SSM )
: Pn. Rohaina bt Che Mani ( Hal Ehwal Murid Perempuan)
: En. Sa'at b. Hassan ( Kelab Jenayah )
: Pn. Norhidayah bt Abdul Talib (Keceriaan)
: Pn. Afni bt Bonandir (KWAMP/Orang Asli)

Bidang Tugas:
1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran / idea/ pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari masa ke semasa.
2. Merujukkan kepada Pengetua kes-kes disiplin yang berat sebelum tindakan sewajarnya ditentukan.
3. Membincangkan masalah kebajikan pelajar dengan tujuan membimbing dan membantunya.
4. Membimbing dan menerima pandangan dan cadangan dari kalangan pelajar guru serta ibu bapa / penjaga berkaitan Hal Ehwal disiplin pelajar.
5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
6. Mengadakan mesyuarat-mesyuarat mengikut keperluan dan kesesuaiannya;
a. Mesyuarat sidang penuh dan mesyuarat sidang kes.
b. Mesyuarat sidang penuh diadakan bagi membentangkan dan membincangkan peraturan yang digubal, membentangkan dan membincangkan cadangan tambahan dan pindaan kepada peraturan sedia ada dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan pelajar-pelajar.
c. Mesyuarat sidang kes diadakan dari masa ke semasa mengikut keperluan tertentu apabila pengerusi berpendapat bahawa sidang sedemikian perlu diadakan. Semua AJK dikehendaki hadir.

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Borang Aduan/Cadangan

Kepada semua ibu bapa / penjaga, anda boleh mengemukakan sebarang aduan, cadangan atau komen positif kepada pihak sekolah.


Sila isikan maklumat dan aduan anda dalam borang di bawah.


Nama:
Emel:
No Tel:
Nama Anak:
Tingkatan:
Cadangan/Aduan