Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

SLIDER

TAHNIAH WARGA SMK SERI MEDAN SELAMAT DATANG SELAMAT DATANG JUGA KEPADA BEKAS PELAJAR SMK SERI MEDAN. SILA KLIK GAMBAR INI UNTUK DAFTAR ALUMNI SELAMAT HARI GURU DARIPADA KAMI SATU SEKOLAH SATU SUARA BERKERJASAMA AMALAN KITA SEMOGA SMK SERI MEDAN TERUS MAJU DAN TERUS MAJU TAHNIAH SMK SERI MEDAN TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH TEAM BAHAS SMK SERI MEDAN
Selamat Datang Ke Portal Rasmi Smk Seri Medan. Tel:074850243.email smkserimedan@gmail.com. Satu Sekolah Satu Suara

KATA ALUAN PENGETUA



KATA ALU-ALUAN
PENGETUA SMK SERI MEDAN



Warga Pendidik,
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.


Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat kembali menjalankan tugas tahun 2015. Semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan penuh dedikasi setelah bercuti panjang.


 
Dalam era globalisasi ini, ditambah dengan bahang kepesatan di bidang pendidikan yang pelbagai, menuntut kita sebagai pendidik untuk lebih peka dan menguasai teknologi dan pengetahuan baru sesuai dengan perkembangan semasa. Selari dengan aspirasi dan harapan ibu bapa, pelajar, masyarakat dan negara di zaman millennium ini terhadap institusi sekolah, memerlukan kita banyak berkorban dalam pelbagai aspek.


 
Guru masing-masing dengan tanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tulus dan bekerjasama dalam menentukan halatuju dan kecemerlangan SMK Seri Medan.



Kejujuran, keikhlasan menjadi tunjang kepada guru melaksanakan
P & P dalam suasana ceria dan gembira, sehingga menimbulkan keseronokan pelajar menimba ilmu, sehingga sekolah menjadi rumah kedua.

Saya percaya, kita semuanya ada peranan masing-masing dalam membentuk dan melahirkan pelajar cemerlang yang seimbang, terutama sahsiah dan tingkahlaku insan bertakwa dan berbudi timur.

Saya berdoa dan yakin, semoga segala inspirasi murni ini dapat direalisasikan dengan adanya sifat-sifat kebertanggungjawaban, jujur, ikhlas, amanah dan sabar, yang tertanam dalam sanubari setiap pendidik warga SMK Seri Medan. InsyaAllah


“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”




…………………………


(PUAN ZAMILAH BINTI EKHWAN)

Pengetua,

SMK Seri Medan,
Batu Pahat, Johor.




Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Borang Aduan/Cadangan

Kepada semua ibu bapa / penjaga, anda boleh mengemukakan sebarang aduan, cadangan atau komen positif kepada pihak sekolah.


Sila isikan maklumat dan aduan anda dalam borang di bawah.


Nama:
Emel:
No Tel:
Nama Anak:
Tingkatan:
Cadangan/Aduan