Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

SLIDER

TAHNIAH WARGA SMK SERI MEDAN SELAMAT DATANG SELAMAT DATANG JUGA KEPADA BEKAS PELAJAR SMK SERI MEDAN. SILA KLIK GAMBAR INI UNTUK DAFTAR ALUMNI SELAMAT HARI GURU DARIPADA KAMI SATU SEKOLAH SATU SUARA BERKERJASAMA AMALAN KITA SEMOGA SMK SERI MEDAN TERUS MAJU DAN TERUS MAJU TAHNIAH SMK SERI MEDAN TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH TEAM BAHAS SMK SERI MEDAN
Selamat Datang Ke Portal Rasmi Smk Seri Medan. Tel:074850243.email smkserimedan@gmail.com. Satu Sekolah Satu Suara

07 May 2015

KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK SERI MEDAN


Kata  Alu-aluan
Pengetua Smk Seri Medan
 Batu Pahat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dan kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan kata alu-aluan dalam portal rasmi sekolah - smkserimedan.blogspot.com
Diharapkan kewujudan portal rasmi sekolah dapat dijadikan platform untuk perkongsian maklumat dan sebagai panduan oleh semua warga SMK Seri Medan dalam memastikan Misi dan Visi Kementerian Pendidikan Malaysia tercapai.  SMK Seri Medan berhasrat menyediakan pendidikan terbaik demi menghasilkan modal insan yang mampu menangani cabaran dan bersaing di peringkat global, namun masih lagi berpegang teguh kepada agama, nilai dan identiti nasional. Untuk itu, penambahbaikan secara berterusan adalah diperlukan bagi memastikan mutu pendidikan negara kita adalah setanding dengan pendidikan di negara-negara maju. Dengan adanya portal rasmi sekolah, diharapkan segala usaha memartabatkan sistem pendidikan negara melalui penggunaan ict ke peringkat yang lebih tinggi dapat digarap dan diselaraskan dengan terancang. Usaha ini juga mempamerkan iltizam dan komitmen yang tidak berbelah bagi warga guru dan pemimpin sekolah untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang telah ditetapkan bagi membolehkan aspirasi sistem pendidikan dapat dicapai di setiap peringkat.

Saya yakin dengan iltizam yang kuat dan kerjasama semua pihak serta niat yang ikhlas, insyaAllah usaha kita akan diberkati dan aspirasi yang dihasratkan dapat dicapai. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru penyelaras dan jawatankuasa portal rasmi sekolah yang telah berusaha gigih bagi merealisasikan kewujudan portal rasmi ini.

Sekian, terima kasih.


ZAMILAH BINTI EKHWAN
PENGETUA
SMK SERI MEDAN
BATU PAHAT
Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Borang Aduan/Cadangan

Kepada semua ibu bapa / penjaga, anda boleh mengemukakan sebarang aduan, cadangan atau komen positif kepada pihak sekolah.


Sila isikan maklumat dan aduan anda dalam borang di bawah.


Nama:
Emel:
No Tel:
Nama Anak:
Tingkatan:
Cadangan/Aduan