Selamat Datang Ke Portal Rasmi Smk Seri Medan. Tel:074850243.email smkserimedan@gmail.com

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan telah ditubuhkan pada 1hb. Januari 1965. Pada awalnya pelajar-pelajar sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Medan pada tahun 1965 dengan bilangan pelajarnya seramai 72 orang dan tenaga pengajarnya seramai 4 orang.Oleh kerana bilangan pelajarnya semakin bertambah ramai, sebahagian daripada pelajar-pelajar terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, Seri Medan pada 1hb. Januari 1970. Pada ketika itu, bilangan pelajarnya telah bertambah menjadi 342 orang dan guru-gurunya seramai 14 orang.

Memandangkan bilangan pelajar yang semakin bertambah ramai dan perlunya sebuah sekolah yang tersendiri serta mewujudkan identitinya yang tersendiri, maka kerja-kerja membina bangunan sekolah ini di tapak yang ada sekarang telah dimulakan pada tahun 1971. Bangunan ini telah dapat disiapkan pada penghujung tahun 1972. bangunan baru dan blok ini mempunyai 8 buah bilik darjah, 2 buah bilik SRT, 2 buah bilik makmak Sains Panduan, 1 bilik buah pejabat, 1 bilik setor, tandas pelajar lelaki dan perempuan dan tandas guru lelaki dan perempuan. Sebuah kantin yang sederhana besarnya juga telah didirikan.Pada 16hb. Januari 1973, pelajar-pelajar dan guru-guru yang menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Medan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa berhijrah kebangunan barundenga semangat dan azam baru. Pada tahun yang sama juga, sekolah ini mendapat perhatian dari Kementerian Pendidikan kerana dengan berkat usaha gigih pelajar-pelajar, guru-guru PIBG dan masyarakat setempat, Menteri Pendidikan Malaysia, YB Tuan Haji Mohamed bin Yaacob telah sudi merasmikan sekolah ini pada 8hb. September 1973 dalam satu majlis yang gilang gemilang.

Sumbangan bakti tokoh-tokoh tempatan yang menjadi pengasas dan penggerak sekolah ini perlu diberi perhatian dan tempat yang sewajarnya. Diantara tokoh-tokoh yang jasanya patut menjadi kenangan ialah:
1. YB Dr. Awang bin Hassan, Wakil Rakyat Kawasan Muar Selatan. (sekarang Tun Dato’ Dr. Awang Hassan)

2. Allahyarham M. Philip, Pengurus Lombong Seri Medan.
Sebelum sekolah ini ditubuhkan, ramai pelajar yang hendak melanjutkan pelajaran menegah dari Kawasan Seri Medan ini terpaksa pergi ke Bandar Batu Pahat yang jaraknya kira-kira 20 kilometer. Oleh kerana ramai pelajar yang tinggal di kawasan pendalaman di Seri Medan dan menghadapi masalah pengangkutan, maka keciciran tidak dapat dielakkan dari berlaku. Dengan terdirinya sekolah menengah ini ia merupakan satu rahmat bagi penduduk di kawasan ini. Murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Seri Medan, Sekolah Kebanghdaan Seri Sejati, sekolah Kebangsaan Seri Permatang Rengas, Sekolah Kebangsaan Tenaga Setia, Sekolah Kebangsaan Seri Pasir, Sekolah Kebangsaan Seri Dayong, Sekolah Kebangsaan Sejagong dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa berpeluang untuk melanjutkan pelajaran menengah mereka. Dengan ini masalah keciciran telah dapat dikurangkan.

Memandangkan pertambahan yang begitu pesat dari segi bilangan pelajar dan guru, bangunan yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah yang begitu besar. Oleh itu pada tahun 1981 sebuah bangunan tambahan telah didirikan. Bangunan dua tingkat itu mengandungi 8 bilik darjah, sebuah perpustakaan dan sebuah bilik makmal Sains Panduan. Sebuah blok bangunan Seni Perusahaan juga didirikan. Dengan adanya tambahan bilik-bilik darjah, perpustakaan dan bangunan Seni Perusahaan, pelajar-pelajar di sekolah ini dapat belajar denga lebih selesa dan dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan.

Selepas tahun 1981, bilangan pelajar sekolah ini semakin bertambah ramai.Pada tahun 1982 pelajarnya berjumlah 1288 orang dan pada tahun 1983 pula angkanya meningkat kepada 1301 orang. Untuk menampung jumlah pelajar yang begitu ramai, pada tahun 1985 didirikan sebuag lagi bangunan tambahan satu tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah dalam projek pasang siap.

Kini dengan perlaksanaan KBSM dan untuk memastikan mata pelajaran Kemahiran Hidup dapat dijalankan denga teratur dan sempurna, sebuah lagi bangunan satu tingkat yang mengandungi 4 buah bilik darjah telah dibina dan disiapkan dalam tahun 1989. Bangunan tambahan ini adalah projek gotong royong.

Pada hujung tahun 1991 sebuah bangunan tiga tingkat siap dibina. Bangunan ini mengandungi 3 buah makmal Sains Tulin, 12 buah bilik darjah, 4 bilik kecil dan tandas guru. Dengan terbinanya bangunan ini, lengkaplah keperluan bilik darjah bagi pelajar-pelajar sekolah ini. Mulai permulaan sessi 1992 waktu pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan hanya dalam sidang pagi sahaja.

Banjir besar selalu melanda kawasan Seri Medan. Ia merupakan masalah tahunan yang dihadapi oleh sekolah ini sejak tahun 70an hingga pertengahan tahun 80an. Apabila banjir besar berlaku, sekolah ini kerapkali dijadikan pusat pemindahan dan penempatan mangsa-mangsa banjir. Pada tahun 1985 sekolah ini telah dijadikan pusat pemindahan selama 3 bulan. Pada tahun 1987 pula, sejkolah dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir selama sebulan khas untuk 689 orang pelajar sekolah ini. Banjir yang saban tahun melanda daerah ini menyebabkan sekolah terpaksa ditutup dan dibuka kepada penduduk kampung. Kesan yang berpanjangan dapat dirasakan. Di antaranya pelajaran pelajar-pelajar terganggu dan harta benda sekolah banyak yang musnah.

Selain dari itu, banjir yang berlaku setiap tahun menyebabkan bilangan pelajar sekolah ini semakin menurun. Rata-rata penduduk di Seri Medan adalah petani yang berpendapatan rendah dan ada diantaranya tidak mempunyai pendapatan tetap. Banjir yang berlaku menyebabkan pendapatan mereka terjejas. Tanaman getah dan kelapa sawit musnah. Oleh itu ramai yang berhujrah ke tempat lain seperti FELDA dan sebagainya untuk mencari pendapatan yang lebih baik lagi.

Kini, dengan terlaksananya projek mendalamkan sungai Simpang Kiri AlhandulilLah , sejak tahun 1988 banjir besar tidak berlaku lagi.

Sekolah ini memulakan aliran Sains Tulin pada tahun 1987. Seramai 35 orang pelajar Sains Tulin telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1988. Daripada 35 orang pelajar hanya 4 orang sahaja yang gagal dalam peperiksaan tersebut. Ini menunjukkan pencapaian yang baik. Diharapkan pada masa akan datang prestasi ini akan dapat dipertingkatkan lagi.

Pelajar-pelajar sekolah ini mula mendududkio peperiksaan SPM pada tahun 1970. Pada ketika itu hanya terdapat 42 orang calon. Dari tahun 1970 hingga sekarang , peratus kelulusan SPM adalah melebihi 60% kecuali tahun 1971,1973,1977 dan 1979. Rekod kelulusan SPM yang tertinggi pernah dicipta oleh sekolah ini ialah 83.33% iaiatu pada tahun 1974. Pada ketika itu seramai 36 orang calon menduduki peperiksaan tersebut. Pada tahun 1988 pula, peratus kelulusan ialah 77.7%. Peperiksaan SRP pula bermula dari tahun 1967. Seramai 68 orang pelajar mengambil peperiksaan tersebut. Peratus kelulusan tertinggi telah dicipta pada tahun 1991 dengan pencapaian 81.62%

Walaupun sekolah ini kerdil dan terletak di luar bandar, namun sekolah ini mampu menunjukkan kecemerlangan dalam bidang ko-kurikulum. Di antara kejayaan yang pernah dicipta ialah pada tahun 1985, menjadi johan permaianan bola tampar MSSD Batu Pahat, Johan bolasepak bawah 15 tahun, johan peringkat MSSD Batu Pahat dan naib johan peringkat MSSJ bolasepak bawah 14 tahun. Pada tahun 1987 pasukan sofbol lelaki bawah 18 tahun menyandang naib johan. Tahun-tahun berikutnya menampakkan peningkatan di dalam mutu beberapa permainan dan sukan yang disertai di peringkat MSSD Batu Pahat. Ramai atlit dan pemain yang menonjol telah terpilih mewakili negeri Johor kepertandingan peringkat kebangsaan antaranya dalam sukan lari jarak jauh, permainan bola baling perempuan dan sofbol.

Sekolah ini juga pernah mengeluarkan pemidato negeri keperingkat kebangsaan pada tahun 1985 dan 1986. Pada tahun 1988 pasukan kuiz Perdana sekolah ini telah menjadi johan peringkat Daerah Batu Pahat.

Sekolah yang terletak diluar bandar ini juga pernah menerima kunjungan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan juga orang-orang kenamaan dan pembesar-pembesar negara. Diantaranya adalah seperti berikut :

17.7.1975 - En. Omar b. Md. Hashim (Pengarah Pendidikan Johor) 9.6.1976 - Datuk A.Kadir b. Talib (Ketua S/usaha Kem. Pendidikan). 10.1.1978 - En. Idris b. Tain ( Pengarah Pendidikan Negeri Johor) 26.12.1982 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor 19.2.1983 - Menteri Besar Johor. 28.5.1985 - Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed. 16.3.1986 - DYMM Tengku Mahkota Johor. 15.1.1987 - Menteri Besar Johor 15.9.1988 - Tn. Hj. Ibrahim Yahya (Tim. Pengarah Pendidikan Johor 1) Sehingga kini, seramai 9 orang pengetua telah berkhidmat di sekolah ini. Mereka ialah :

1.1.1965 hingga 31.12.1968 - En. Johar b. Abu Bakar (Allahyarham).

1.1.1969 hingga 31.12.1969 - Tn. Hj. Ahmad b. Abd. Rahman

1.1.1970 hingga 31.12.1979 - Tn. Hj. Omar b. Othman

1.1.1980 hingga 31.12.1983 - Tn. Hj. Paiman b. Hussein(Allahyarham).

1.1.1984 hingga 30.04.1988 - Tn. Hj. Mohd. Fahmi b. Mohd. Yusof.

1.5.1988 hingga 16.10.1992 - En. Yaacob b. A. Kadir

17.10.1992 hingga 5.8.1994 - Tn. Hj. Ismail b. Mohd. Talib

1.01.1995 hingga 15.5.1995 - En. Mohamed Anuar b. Jaafar

16.8.1995 hingga 30.6.1997 - Pn. Hjh. Jamiliah bt. Md. Noh

16.9.1997 hingga - Tn. Hj.Hassan Hj.Ahmad

Borang Aduan/Cadangan

Kepada semua ibu bapa / penjaga, anda boleh mengemukakan sebarang aduan, cadangan atau komen positif kepada pihak sekolah.


Sila isikan maklumat dan aduan anda dalam borang di bawah.


Nama:
Emel:
No Tel:
Nama Anak:
Tingkatan:
Cadangan/Aduan