KATA ALU-ALUAN
PENGETUA SMK SERI MEDAN
Warga Pendidik,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat kembali menjalankan tugas tahun 2015. Semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan penuh dedikasi setelah bercuti panjang.
Dalam era globalisasi ini, ditambah dengan bahang kepesatan di bidang pendidikan yang pelbagai, menuntut kita sebagai pendidik untuk lebih peka dan menguasai teknologi dan pengetahuan baru sesuai dengan perkembangan semasa. Selari dengan aspirasi dan harapan ibu bapa, pelajar, masyarakat dan negara di zaman millennium ini terhadap institusi sekolah, memerlukan kita banyak berkorban dalam pelbagai aspek.
Guru masing-masing dengan tanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tulus dan bekerjasama dalam menentukan halatuju dan kecemerlangan SMK Seri Medan.
Kejujuran, keikhlasan menjadi tunjang kepada guru melaksanakan
P & P dalam suasana ceria dan gembira, sehingga menimbulkan keseronokan pelajar menimba ilmu, sehingga sekolah menjadi rumah kedua.
Saya percaya, kita semuanya ada peranan masing-masing dalam membentuk dan melahirkan pelajar cemerlang yang seimbang, terutama sahsiah dan tingkahlaku insan bertakwa dan berbudi timur.
Saya berdoa dan yakin, semoga segala inspirasi murni ini dapat direalisasikan dengan adanya sifat-sifat kebertanggungjawaban, jujur, ikhlas, amanah dan sabar, yang tertanam dalam sanubari setiap pendidik warga SMK Seri Medan. InsyaAllah
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
…………………………
(PUAN ZAMILAH BINTI EKHWAN)
Pengetua,
SMK Seri Medan,
Batu Pahat, Johor.