Pada 26 Oktober 2015,telah diadakan lawatan sambil belajar ke Kompleks Bimbingan Usahawan Tani,Taman Nasuha dan kilang pemprosesan cendawan.Lawatan disertai oleh 80 orang pelajar dari kelas 5 Dedikasi,5 Cekal,5Tekun dan 4Tekun.Pelajar-pelajar yang mengikuti lawatan tersebut adalah terdiri daripada pelajar yang mengambil mata pelajaran tanaman makanan,sains pertanian dan ekonomi rumah tangga.
Guru
pengiring pula ialah En Rozulazrin bin Zulkafli,Siti Rosmini bt Harun,Hamidah
bt Ramli dan Azlina bt Ahmad Azam.Di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani,pelajar
dibahagikan kepada dua kumpulan.Kumpulan pertama melawat pusat pertanian
manakala kumpulan kedua membuat kek pisang dan coklat.Kira-kira sejam kemudian,bertukar
tempat pula. Kami diperkenalkan dengan tanaman fertigasi dimana kelebihannya
ialah menjimatkan ruang.Ia juga menguntungkan contohnya dalam tempoh dua bulan
sudah mengeluarkan hasil bagi tembikai wangi yang berkualiti.
Pelajar-pelajar
bukan sahaja dapat cenderahati tapi juga disajikan dengan makanan tengahari
yang enak.Setelah itu, semua pelajar dan guru bergerak pula.ke Taman Nasuha
Pagoh.Di sini,kami menaiki tren mengelilingi Taman Nasuha yang mempunyai
keluasan tanah 3600hektar.Sepanjang menaiki tren,kami diberi penerangan yang
jelas tentang pokok-pokok yang terdapat di situ.Yang paling menarik ialah pokok
roko yang berasal dari Yaman.Khasiatnya yang bagus kerana akarnya yang sangat
panjang boleh menyerap mineral selenium.Ia dikomersialkan menjadi produk untuk
otak tang cerdas.Selain itu,pokok Tea Tree,pokok mengkudu yang berasal dari
Hawai bagus untuk pesakit darah tinggi dan Old Spices yang berasal dari
Morocco.Di sini bukan sahaja restoran herba,tapi ada spa&resort dan kedai
menjual produk-produk kesihatan berasaskan herba yang mendapat jaminan
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Destinasi
yang terakhir sebelum pulang semula ke sekolah ialah pusat pemprosesan
cendawan.Ia adalah sesuai dengan mata pelajaran tanaman makanan yang menanam
cendawan.Kami dihidangkan dengan cendawan goreng yang rangup.Kira – kira jam
430 petang kami bertolak balik ke sekolah. Ini adalah pengalaman yang paling
menarik bagi tahun 2015.Pengurusan yang baik dengan izin Allah,semuanya
berjalan lancar.